Saturday, May 07, 2011

-Amazing about EGG-

hahaha sejak aku ari2 mkan telur nie so aku rase nk bincang lak menatang ape yang ade dlm telur nie jum bace..:)

  • Telur kaya dengan protein, lemak, Vitamin A, B Kompleks dan mengandungi zat besi serta kalsium. 
  • .Menurut kajian dari Harvard School, tiada sebarang kaitan berkenaan pengambilan telur dengan penyakit jantung. Sebenarnya pengambilan telur secara teratur membantu mengelak darah beku, strok dan jantung.
  • Elak penyakit katarak mata kerana kandungan lutien dan zeaxanthin.
  •  Terdiri daripada lemak baik. Sebiji telur hanya mengandungi lima gram lemak dan 1.5 gram lemak tepu.
  • Sebiji kuning telur mengandungi 300 mikrogram Choline iaitu nutrisi penting yang membantu mengawal otak, sistem kardiovaskular & sistem saraf.
  • Telur adalah satu²nya makanan yang mengandungi vitamin D semula jadi.
  • Sebiji telur sehari membantu mengelakkan penyakit mata (makula degeneraton) kerana kandungan karotenoid yang mudah di dapati di dalam telur.
  • Telur berkemungkinan membantu & menghalang kanser payudara kerana menurut kajian, wanita yang mengambil sekurang²nya enam biji telur dalam seminggu mampu merendahkan risiko penyakit itu.
  • Kajian baru menyangkal kepercayaan bahawa telur penyebab kolestrol tinggi. Sebaliknya, memakan telur setiap hari tak menjejaskan kesihatan kerana lemak pada telur adalah lemak tepu.
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut & kuku yang sihat kerana mengandungi sulfur, vitamin & mineral yang tinggi.
  • Sebiji telur mengandungi enam garam protein berkualiti tinggi & sembilan keperluan asid amino.


Wow.. rupanya telur ni banyak kebaikannya.. lepas ni nak makan banyak²lah.. hehe..

No comments:

Post a Comment

Jum Bace lagi..