Sunday, July 22, 2012

LeLaKi MESTi taw...(^_^)




1. Kadang- kadang perempuan suka sangat cakap yang dia tak kisah. Contohnya.. "Saya tak kisah awak nak keluar dengan kawan- kawan. Mereka kan lagi penting. Tak pe. Tak pe. Keluar lah. Malam ni tak payah mesej or call saya ea. HEHEHEHE.."----. 

2. Kadang- kadang perempuan memang susah nak hantar mesej permulaan kepada lelaki yang dia sayang. Bukan apa, dorang ni tak suka dikatakan terhegeh- hegeh sangat. So, kepada lelaki, jangan fikir perempuan tak sayang pada korang bila dorang tak hantar mesej or call korang dulu. Tak salah pun kalau lelaki yang mulakan perbualan.

3. Jangan marah dan jangan kata tak suka kalau perempuan tu bersikap ego. Kadang- kadang perempuan TERpaksa bersikap ego untuk mempertahankan maruah diri. *gua tak kata selalu, gua kata kadang- kadang (mengikut situasi dan keadaan)

4. Perempuan paling tak suka kalau lelaki mendekati mereka hanya kerana mahu berkenalan dengan rakan- rakannya yang cantik je. Berkawan biarlah ikhlas. Jangan lepas dah dapat yang cantik, yang hodoh ditinggalkan.

5. Perempuan amat sensetif bila lelaki yang dorang sayang menengking dorang secara tiba- tiba. Sebab tu kebanyakan perempuan akan cuba menjauhkan diri dari lelaki yang mempunyai sifat panas baran.

6. Percaya atau tidak, kebanyakan perempuan akan menyukai barang- barang kesukaan lelaki yang dorang sayangi even barang tu adalah barang yang dorang langsung tak suka. Bukan setakat barang- barang, makanan, lagu dan warna yang lelaki suka pun perempuan akan suka juga.

7. Jangan marah jika perempuan terlalu emo. Kadang- kadang perempuan emo sebab dorang ni TERlalu sayang kepada pasangan dorang dan takut kehilangannya. Tapi selalunya perempuan sangat emo bila waktu dorang ABC. So, jaga lah hati dan perasaan perempuan masa dorang tengah ABC. Ala.. Bukan hari- hari dorang ABC, sebulan paling lama 14 hari je kan? HaHa.

8. Perempuan sangat mudah berharap. So, kepada lelaki- lelaki di luar sana, jangan bagi harapan kepada seseorang perempuan kalau korang sendiri pun tak pasti samada harapan yang korang bagi tu dapat ditunaikan ataupun tidak. Dan kadang- kadang, "Action speak louder than speaker!". Lelaki memang tak pernah cakap dia sukakan seseorang perempuan, tapi kalau dah layan baik punya lentok, lu ingat perempuan tak fikir lain ke??!

9. Bak kata Brader LepLep, perempuan suka lelaki yang wajahnya manis, bukannya bermulut manis. So, kepada lelaki sekalian, kalau korang nak bermanis mulut dengan teman wanita atau isteri korang je, itu amat- amat digalakkan. Tapi kalau dengan semuaaa perempuan korang nak bermulut manis, serius mulut korang dah memang layak buat gula untuk air kopi.

10. Jangan buat perempuan yang korang sayang kecewa. Sebab sekali perempuan TERlalu kecewa dengan korang, selama- lamanya hatinya telah patah. Korang melutut dan menangis air mata darah sekali pun, memang dorang susah nak terima lelaki yang telah mematahkan hati dorang. Bak kata pepatah yang gua reka sendiri.. "Jerawat di muka mungkin hilang, tetapi 
parutnya masih ada dan akan memburukkan wajah..



                                                                  Copy : si sengaL blogspot.

No comments:

Post a Comment

Jum Bace lagi..